Hashim Aman

Tan Sri Dato' Seri Utama Hashim Aman, P.M.N., P.S.M., S.U.N.S., S.S.S.A., D.P.M.K., D.C.S.M., D.S.N.S., D.P.M.J. adalah Ketua Setiausaha Negara Malaysia dari tahun 1982 – 1984. Selepas bersara, Hashim telah dilantik sebagai pengerusi PERNAS.Beliau telah dilahirkan pada 1 September, 1929 di Kampung Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah King George V, Seremban, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1957. Hashim telah berkhidmat selama hampir 27 tahun di pelbagai jabatan dan agensi awam, termasuk sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan, dan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha Negara mulai tahun 1982 hingga tahun 1984.Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Kerajaan Negeri Kelantan apabila Kelantan diisytiharkan darurat pada akhir tahun 1977 semasa pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn. Beliau bekerjasama dengan pemimpin politik dan golongan pentadbiran Kelantan serta persekutuan untuk kemajuan dan kesejahteraan negeri Kelantan. Tun Dr Mahathir Mohamad cukup ingat akan peranan singkat beliau di Kelantan dan merupakan salah satu kenangan yang manis bagi mereka. Kerajaan PAS di bawah Menteri Besar Kelantan berjaya ditumbangkan [1] oleh UMNO/Barisan Nasional.Dr Mahathir menyifatkan beliau sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam yang tidak suka menonjolkan diri atau 'publicity-shy'. Dengan itu peluang media massa untuk memetik pemikiran dan kenyataan beliau sangat terhad. Kalau ada pun hanyalah pada upacara-upacara seperti pembukaan kursus-kursus dan upacara-upacara seumpamanya. Kerajaan Malaysia menghargai kesungguhan, kecekapan dan keutuhan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Hashim.